MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

Image

Moto                    : Beriman Beristiqamah

Jenis                     : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Kerajaan

Kod Sekolah         : DRA0001

Lokasi                   : Tangok, 16310, Bachok, Kelantan

Email                    : sekolah-3315@moe-dl.edu.my

Bilangan guru       : 139 orang

Bilangan staf AKP : 18 orang

Bilangan murid     : 711 orang

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok, atau nama ringkasnya, SMK (A) Tok Bachok, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Tangok, Bachok, Kelantan. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 1999 dengan pengambilan pelajar sejumlah 306 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 266 orang pelajar tingkatan satu

 

     Sejarah Pengetua Sekolah

  1. Hj Alias bin Deraman (1.8.1999 – 31.7.2006)
  2. Hj Mansur bin Mat (1.8.2006 – 18.1.2008)
  3. Hj Othman bin Yusoff (1.4.2008 – 24.6.2011)
  4. Hj Mukhatar bin Mohd Noor (1.12.2011 – 31.11.2014)
  5. Hj Mohamad bin Zakaria (14.9.2015 hingga Mac 2021)
  6. En. Mohd Fadhli bin Jusoh (April 2021 hingga sekarang)

Pengiktirafan  Sekolah Kluster Kecemerlangan

Pada tanggal 27.9.2011 Sekolah Menengah Kebangsaan  Agama Tok Bachok telah diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dengan bidang kebitaraan akademiknya. Bahasa Arab  dipilih berdasarkan Peningkatan pencapaian pelajar dalam PT3 (PMR) dan SPM bagi subjek Bahasa Arab di SMKA Tok Bachok  sangat membanggakan. Memilih Bahasa Arab sebagai bidang kebitaraan kurikulum akan menambahkan lagi punca dana bagi meningkatkan lagi pencapaian Bahasa Arab bukan sahaja pada peringkat negeri malah di peringkat yang lebih global. Kawad kaki (KRS) dipilih sebagai Bidang Kebitaraan kokurikulum berdasarkan kejayaan yang telah dicapai dalam beberapa pertandingan peringkat  daerah dan negeri sejak tahun 2007.

Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab

Tahfiz Model Ulul al-Bab (TMUA) merupakan gabungan antara Kurikululam Kebangsaan, Kurikulum Bersepada Tahfiz (KBT) dan Program Ulul al-Bab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.SMKA Tok Bachok adalah sekolah pertama di Kelantan yang melaksanakan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).SMKA Tok Bachok mendapat pengiktirafan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN pada 22 September 2011.Bermula 2015 SMKA Tok Bachok telah menjadi sekolah pertama di Kelantan yang melaksanakan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) untuk semua pelajar tingkatan1,2,3,4,5 dan 6.

PIAGAM PELANGGAN

Image
Image
Image
Image

NILAI SEKOLAH

Image

Lokasi Kami



       

Penafian

SMKA Tok Bachok tidak bertanggung jawab atas perkara tidak diingini atau kerugian
yang disebabkan oleh maklumat yang diperolehi dari laman portal ini.


Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |
Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Statistik Pelawat

Pelawat hari ini.54
Pelawat minggu ini.266
Pelawat bulan ini.113
Jumlah pelawat.11006

Pelawat ditalian.

1
Online

2023-06-03

Alumni

Persatuan Alumni SMK Agama Tok Bachok didaftarkan pada 8 Oktober 2019 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pertubuhan PPM-041-03-08102019

Pautan Alumni