MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22 TAHUN 2021

3 September 2021 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 telah berjaya diadakan dengan jayanya pada hari ini. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini diadakan secara atas talian menggunakan pelantar Zoom. Antara isu utama yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah masalah air di asrama, isu berkaitan PdPR dan kutipan yuran PIBG. Walaupun mesyuarat diadakan secara atas talian , sambutan ibu bapa amat menggalakkan dimana sekitar 300 peserta direkodkan mengambil bahagian dalam mesyuarat. Pemilihan AJK PIBG baru berjalan dengan baik dan mesyuarat bersetuju mengekalkan AJK tahun lepas dan mengangkat Dr Ariffin bin Nasir sebagai Yang Dipertua PIBG yang baru. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bachok. Semoga muafakat antara guru dan ibu bapa membawa berkat dalam usaha memartabatkan pendidikan di SMKA Tok Bachok.

Lokasi Kami



       

Penafian

SMKA Tok Bachok tidak bertanggung jawab atas perkara tidak diingini atau kerugian
yang disebabkan oleh maklumat yang diperolehi dari laman portal ini.


Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |
Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Statistik Pelawat

Pelawat hari ini.54
Pelawat minggu ini.266
Pelawat bulan ini.113
Jumlah pelawat.11006

Pelawat ditalian.

1
Online

2023-06-03

Alumni

Persatuan Alumni SMK Agama Tok Bachok didaftarkan pada 8 Oktober 2019 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pertubuhan PPM-041-03-08102019

Pautan Alumni