SEJARAH SEKOLAH

SMKA TOK BACHOK dahulunya dikenali sebagai SMK AGAMA TANGOK,bertukar nama pada tanggal 2 Ogos 2006,sempena gelaran seorang tokoh ulama terkenal di daerah Bachok.Merupakan sebuah sekolah agama bantuan penuh kerajaan yang terunggul di bawah pentadbiran pejabat pendidikan daerah Bachok,terletak di lokasi luar bandar dan  berkeluasan 75ekar(30.35 hektar).

Sekolah ini beroperasi satu sesi dengan pengambilan pelajar pertama pada 1Januari 1999 iaitu seramai 306 yang terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 266 orang pelajar tingkatan 1.Kemasukan pelajar ke SMKA Tok Bachok adalah berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR dan peperiksaan khas SMKA bagi tingkatan satu sementara keputusan PT3 yang menjadi landasan bagi pengambilan pelajar ke tingkatan 4.

SMKA Tok Bachok mendapat pengiktirafan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN pada 22 September 2011.Bermula 2015 SMKA Tok Bachok telah menjadi sekolah pertama di Kelantan yang melaksanakan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) untuk semua pelajar tingkatan1,2,3,4,5 dan 6.

Terkini pada tahun 2021,SMKA Tok Bachok mempunyai 28 bilik darjah,711 orang pelajar,134orang guru dan 18 kakitangan sokongan.Sejak penubuhan sekolah ini SMKA Tok Bachok telah dipimpin oleh 6 orang pengetua.

Lokasi Kami



       

Penafian

SMKA Tok Bachok tidak bertanggung jawab atas perkara tidak diingini atau kerugian
yang disebabkan oleh maklumat yang diperolehi dari laman portal ini.


Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |
Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Statistik Pelawat

Pelawat hari ini.50
Pelawat minggu ini.262
Pelawat bulan ini.109
Jumlah pelawat.11002

Pelawat ditalian.

1
Online

2023-06-03

Alumni

Persatuan Alumni SMK Agama Tok Bachok didaftarkan pada 8 Oktober 2019 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pertubuhan PPM-041-03-08102019

Pautan Alumni