TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB

TMUA (Tahfiz Model Ulul al-Bab) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

Pendekatan Quranik
Murid menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar ( BIFFAS ). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran.
Pendekatan Ensiklopedia
Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akana datang.
Pendekatan Ijtihadik
Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif. Pendekatan ketiga-tiga elemen akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan ko-kurikulum.
Image
Image

LATAR BELAKANG

Image
    Image

    LATAR BELAKANG

    Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited di dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilam Islam yang kukuh. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul al-Bab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.

    Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia II, Datuk Seri Idris b. Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya  di SMK Agama Kuala Lumpur bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang pelajar dan 15 orang guru. Tahfiz Model Ulul al-Bab (TMUA) merupakan gabungan antara Kurikululam Kebangsaan, Kurikulum Bersepada Tahfiz (KBT) dan Program Ulul al-Bab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

     

    Penyelaras Tahfiz Model Ulul Albab


    Daripada Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

    مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ [أي: عَنْ ظَهْرِ قَلْبِيٍ] فَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللّهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ

    Maksudnya: “Barang siapa yang membaca dan menghafal al-Quran lalu menghalalkan yang halal di dalamnya dan mengharamkan yang haram di dalamnya nescaya Allah akan memasukkannya dengan sebab itu ke dalam jannah, dan menerima syafa’atnya untuk 10 orang daripada keluarganya yang kesemuanya mesti masuk ke dalam neraka”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2905]

    (sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/)

    Image

    Wan Norhisyam Wan Sulaiman

    Bermula 2015 SMKA Tok Bachok telah menjadi sekolah pertama di Kelantan yang melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Pengambilan tingkatan 1 seramai 180 orang dengan tambahan guru tahfiz seramai 18 orang.

    Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, setakat tahun 2021, bumi Tok Bachok telah melahirkan 250 orang huffaz yang membawa obor Al-Quran bagi menerangi setiap tempat dan bidang yang diceburi pada masa hadapan. Insyallah.

    OBJEKTIF

    TMUA dilaksanakan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan yang ;

    • Menghafaz 30 juzuk al-Quran
    • Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah
    • Berketerampilan, berwibawa dan berkepemimpinan
    • Mengoptimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan
    • Boleh menjalin hubungan dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan melestarikan diri dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah

    Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

    Matapelajaran Hifzul Al-Quran

    Proses menghafaz berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar ( BIFFAS ).

    Matapelajaran Maharat Al-Quran

    Mempersiapkan modal insan yang menghafaz al-Quran, berpengetahuan, beriman, bertaqwa, berkeperibadian, mempunyai kompetensi yang tinggi yang mampu menguasai syariah Islamiah yang dapat menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai ikutan dalam kehidupan seharian bagi merealisasikan kejayaan di dunia dan akhirat.


    Image

    Galeri Huffaz

    TOK BACHOK BUMI HUFFAZ

    250 Huffaz setakat tahun 2021

    • Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

     

    خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

    Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027]

    REKOD HUFFAZ

    Khatam Hafazan 30 juzuk dalam masa 1 tahun 4 bulan 27 hari.

    The Amazing SPslides

    TERATAK MENGAJI

    Pondok sekitar sekolah

           Firman Allah SWT

    وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

    Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)”. [al-Qamar:17]

    Lokasi Kami



           

    Penafian

    SMKA Tok Bachok tidak bertanggung jawab atas perkara tidak diingini atau kerugian
    yang disebabkan oleh maklumat yang diperolehi dari laman portal ini.


    Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |
    Notis Hakcipta
    Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

    Statistik Pelawat

    Pelawat hari ini.54
    Pelawat minggu ini.266
    Pelawat bulan ini.113
    Jumlah pelawat.11006

    Pelawat ditalian.

    1
    Online

    2023-06-03

    Alumni

    Persatuan Alumni SMK Agama Tok Bachok didaftarkan pada 8 Oktober 2019 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pertubuhan PPM-041-03-08102019

    Pautan Alumni